Wednesday, September 2, 2009

isu pemakaian tudung

SPENCER Wall, seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun asal West Texas, tergolong unik dan luar biasa di tengah masyarakat majoriti bukan Islam. Dia yang beragama Kristian, tetapi sejak akhir April lalu telah memutuskan untuk memakai pakaian Muslimah, bertudung lengkap selama satu tahun ini. Apa tujuannya?

Wall mengatakan dia bukan ber'eksperimen' tetapi belajar dari pengalaman. Dia nak rasa bagaimana menjadi golongan minoriti seperti komuniti Muslim, yang selalu dipandang sebelah mata dan dicurigai di negaranya, walaupun dia bukan mewakili komuniti tersebut. "Saya bukan ingin mewakili Muslimah atau komuniti Muslim.. Saya hanya ingin tahu bagaimana rasanya menjadi seperti mereka.. sebentar saja ..." ujar Wall.

Perubahan penampilan Wall tentu sahaja mengundang banyak tanya dari teman-teman dan orang-orang sekeliling. Wall memang mengalami hal-hal yang tidak diharapkannya sejak memakai tudung dan pakaian Muslimah. Orang kerap memandang Wall dengan curiga, tidak mahu bercakap dengannya dan sering dicemuh. Bahkan pernah ada pengunjung di restoran tempatnya bekerja, menolak dilayani Wall. Tetapi seperti kebanyakan Muslimah di AS yang kerap menerima kelaku seperti itu, Wall tidak ambil peduli dan tetap terus melangkah.

Pertanyaan yang kerap diterima ialah, asal dari mana? Kerana orang-orang Amerika masih melihat warga Muslim sebagai imigran atau pendatang. Mulanya Wall menjelaskan, 'ingin belajar dari pengalaman..' Tapi lama-lama, dia pun bosan juga, dan jawab pendek,"Saya bukan Muslim, tetapi saya pakai tudung kerana sukakanya!" Meski demikian, Wall mengakui jawapan itu tidak sepenuhnya benar, kerana jauh di dalam hatinya ia merasa tidak boleh keluar rumah tanpa berpakaian Muslimah. "Saya pernah cuba tak pakai tudung sehari saja, tetapi tak boleh..."

Kini bukan hanya dalam berpakaian, Wall juga mengikuti kebiasaan bagaimana sepatutnya sikap seorang Muslimah. Ia menolak hubungan bebas terutama dengan lelaki. Pernah di toko pakaian, Wall meminta pelayan toko itu menutupi ruang terdedah apabila kakinya ternampak semasa mencuba-cuba pakaian. Wall mengatakan, pengalamannya 'menjadi seorang Muslimah' mengajarnya untuk menghargai dan menghormati hal-hal yang bersifat peribadi. Satu hal yang tidak pernah ia rasakan dalam ajaran agama Kristien.

Bahkan katanya, suatu hari nanti ia juga ingin rasa bagaimana hendak bersolat 5 kali tiap hari. "Seperti yang anda tahu, kami hidup di tengah masyarakat yang tidak peduli dengan aktiviti ibadah. Dengan pengalaman saya sekarang, saya rasa diri saya lebih dekat dengan Tuhan," ungkap Wall. "Pengalaman ini mengajar saya untuk menghormati wanita yang membuat keputusan ' tinggal tetap di rumah, menjaga dan mendidik anak-anak saja..' menghormati mereka yang bertudung lengkap, beraktiviti di luar atau menjadi seorang CEO.." sambungnya.

sumber:ibnuhasyim.blogspot

komen aku:pelik bukan?bagaimana seorang wanita kristian boleh memakai tudung walaupun dia bukan islam..bagaimana pula dengan wanita islam sendiri?adakah pemakaian tudung dijadikan fesyen,"style" atau sebagai ikutan sahaja..adakah mereka mengikut suruhan agama?kadang-kadang pulak tu ade yang bermusim..sekejap pakai sekejap tidak..hurmm..lagi entah apa-apa!pakai tudung sebab "balak" suruh!lagilah "poyo"..


3 comments:

  1. ermmmmm..
    Pada pandangan aku pulak....baik pakai tudung dari xpakai langsung..biar pun perangai teruk..tapi still pakai tudung..ingat jugak ajaran Islam..

    Wanita yang pakai tudung ini selalu beringat akan Tuhan mereka..walaupun diantara mereka lalai akan tanggungjawab sebagai muslimah..yg paling penting wanita b'tudung ni ingat sape mereka..

    Ini pulak berbeza dengan kepada wanita yang tidak bertudung..Mereka tetap jahil dari pandangan masyarakat Islam..Walaupun sebilangan dari mereka menunaikan rukun islam dan rukun iman..hakikat nyer mereka mendedahkan aurat mereka..Ape tujuan nyer???ape lagi nak tarik perhatian kaum lelaki ler..

    Itu lagi satu dose berganda..Ini kerna melibatkan orang lain pulak..Menyuruh orang bukan muhrim tengok mereka mendedahkan aurat..lelaki biase ler..pantang dapat tengok..tengok dengan akhlak xape..contoh nyer kesian dengan wanita tu..xdapat bimbingan yg sempurna..Ni tidak tengok dengan nafsu..ni dikatakan dose berganda...si pemberi dangan si penerima..

    Kesimpulan nyer kaum Hawa kena fikir dahulu baik buruk sesuatu kerputusan yg hendak dibuat..jangan main tibai jer..ni melibatkan maruah anda sebagai kaum hawa...

    Jadi wahai para kaum Hawa fikir2kan lah ape yang terbaik untuk diri anda..kita hidup dalam masyarakat Islam jadi sila lah jaga tata tertip diri anda...Ini bukan untok anda sahaja tetapi untok agama Islam yang anda cintai.

    ReplyDelete
  2. emmm..tudung...mmg sangat teristimewa dan mulia bila seorng wanita mengenakan tudung..tetapi apalah ertinya kalau bertudung yg sepatutnya menunjukkan ciri2 wanita islam dan melayu tetapi mengenakan pakaian seperti barat..ditambah pula dengan sifat yg tersangat lah buruk, dan tidak menunjukkn mempunyai agama...cthnya..bertudung untk ke kelas tetapi bila ingn keluar bersama rakan2 "free hair"..ada yg bertudung tetapi hantar pic dkt bf dgn tidk bertudg ditambah dgn keseksian lagi..dan macm2 lg yg lbh dahsyat drpd yg dinyatakn pun ade...ape nilai memakai tudung itu sebenarnya?????????????hormat ke wanita itu terhadap ajaran n pegangan nye...

    memang pening nak fkirkn masalah tudung dalam masyarakat melayu ni skrg,warga luar turut tidak berkecuali..kaum adam pun tak salh jika ingin membimbing pasagn mereka supaya bertudg tetapi harus la ingt supaya tidk melebh2 mcm dh berkahwin pulak.

    ReplyDelete