Monday, August 31, 2009

HARGA MINYAK NAIK ?


Harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik berkuat kuasa tengah malam ini.

Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.

Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan itu pada petang ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa portal berita seperti Malaysia-instinct.com telah pun mula memaparkan mengenai peningkatan harga minyak itu sejak semalam.

sumber:tukar tiub.blogspot.com


Mungkinkah ia akan naik pada tepat jam 12 malam ini?kita tunggu dan lihat yer..

Erti sebuah kemerdekaan

Merdeka..merdeka..merdeka..itulah ucapan yang dilaungkan oleh semua lapisan masyarakat malaysia tidak kira apa bangsa sekalipun,pelbagai peringkat umur,lelaki dan perempuan..pihak kerajaan sibuk berkempen untuk kemerdekaan..pelbagai akitviti dilakukan seperti mengibarkan bendera,pesta di sana sini..

tapi aku melihat sambutan kali ini tidak semeriah seperti yang dilakukan pada tahun-tahun lepas..sebab apa?mungkin kerana menghormati bulan ramadan yang mulia ini kot..mungkin..
kibaran bendera juga amat kurang..di bangunan terytamanya..adakah semangat rakyat malaysia sudah pudar?semalam semasa ku pergi ke bazar ramadan,ku melihat gelagat seorang pemuda india menaiki motodikal honda nya dan di belakang motornya die meletakkan jalur gemilang..sungguh bersemangat pemuda itu..mungkin die sangat berbangga menjadi rakyat malaysia yang tercinta ini..

berbalik kepada topik yang ku bincangkan di sini..apakah kita sebenarnya memahami erti sebuah kemerdekaan..kebanyakan kita hanya menyambutnya tanpa apa-apa makna makna..bile tiba malam merdeka berpusu-pusu kita pergi ke tempat-tempat yang biasanya diadakan sambutan kemerdekaan..menunggu detik jam 12 malam..lepas itu menyanyikan lagu kebangsaan,,dan bungan api mula terbang ke udara seterusnya meletup..kita akan bersorak gembira..itu sahaja..apa maknanya semua ini..MERDEKA?apa maksudnya?mengikut pandangan aku..merdeka maksudnya kite bebas dari penjajahan asing..agaknya kot..hurmm..bebas dari penjajahan?betul ke?adakah kita betul-betul merdeka?apa yang ku lihat hanya secara fizikal sahaja kita merdeka..tetapi bagaimana dengan minda kita?sikap kita?undang-undang kita?aku rasa ada mungkin sesetengah rakyat malaysia masih terjajah mindanya..mengamalkan cara hidup penjajah?memanga banyak kita jumpa..undang-undang penjajah?masih diamalkan...katanya negara kita negara islam..tapi masih mengekalkan undang-undang penjajah..di mana silap kita?

Sunday, August 30, 2009

permulaan kata

Blog..merupakan salah satu web yang mudah untuk para pengguna internet menggunakannya sebagai medium untuk menulis,bercerita,berpolitik,memberi pendapat dan sebagainya..dan aku juga semakin meminatinya..sehingga saat cerita ini ditulis oleh aku..ia secara rasminya wujud didalam maya ini pada pukul 10.50 malam bersamaan 30 ogos 2009..huhu..esok merdeka..
sekian sahaja buat hari ini..sebagai pembuka kata dari ku buat semua..