Tuesday, September 15, 2009

akibat kebodohan diri sendiri

KUALA LUMPUR: Cemburu kerana kekasih hati disambar orang menyebabkan seorang lelaki nekad mengugut ingin menyebarkan gambar dan video telanjang bekas kekasihnya dalam laman web YouTube.
Tindakan itu tidak hanya bertujuan memalukan mangsa yang juga seorang pelajar kolej, malah lelaki terbabit turut berniat ingin membunuh bapa mangsa yang juga menghidap sakit jantung yang didakwa akan mati terkejut selepas menatap gambar ‘panas’ anaknya itu.
Sumber polis berkata, mangsa seorang pelajar perempuan berusia 21 tahun sebelum ini dikatakan menjalin hubungan cinta dengan suspek yang berusia 28 tahun sejak beberapa bulan lalu.
Namun akibat tidak mempunyai persefahaman, mangsa dikatakan memutuskan hubungan dengan teman lelakinya.
“Bagaimanapun suspek yang seolah-olah mengekori gerak-geri mangsa menghubunginya jam 6 petang semalam, ketika mangsa bersama teman lelaki barunya bersiar-siar berhampiran pusat beli- belah di Bukit Bintang di sini.
“Difahamkan suspek yang menghubungi telefon bimbit mangsa mengugut agar kembali semula menjadi kekasihnya jika tidak mahu terus diganggu,” katanya.
Menurutnya, ketika kejadian, mangsa sudah beberapa bulan memutuskan hubungan cinta dengan suspek dan mempunyai seorang teman lelaki baru dikenali.
Keadaan ini menyebabkan timbul rasa cemburu bekas teman lelaki mangsa yang cuba mengganggu kehidupan baru mangsa.
“Malah lebih teruk apabila suspek turut memaksa mangsa bercakap dengannya jika tidak mahu gambar dan video ‘panas’ diambil sebelum ini disebarkan.
“Difahamkan gambar bogel mangsa diambil ketika menjalin hubungan cinta sebelum ini diugut akan disebarkan melalui Youtube dalam tempoh terdekat,” katanya.
Malah, suspek mendakwa sengaja ingin menyebarkan gambar lucah berkenaan supaya bapa mangsa yang menghidap sakit jantung akhirnya mati akibat terkejut.
Susulan itu, mangsa bertindak membuat laporan polis.
“Pihak polis yang memandang serius kes terbabit meminta mangsa menghubungi suspek bagi mengatur temujanji di rumah mangsa di Bukit Bandaraya di sini.
“Suspek yang datang dengan kereta kemudian cuba ditahan sebaik tiba di kawasan itu. Namun suspek enggan menyerah sebaliknya melarikan diri dengan hampir melanggar seorang anggota polis,” katanya.
Menurutnya, suspek yang melarikan diri diberkas polis sebelum ditahan reman bagi menjalankan siasatan atas jenayah ugutan.
Dalam kes berasingan awal bulan lalu, seorang lelaki berusia awal 20-an turut diberkas polis selepas mengugut untuk menyebarkan gambar bogel teman wanitanya berusia 16 tahun.
Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pangsapuri di Taman Pinggiran Subang di sini, ditahan polis selepas mangsa membuat laporan polis berhubung tindakan suspek cuba menyebarkan gambar berkenaan kerana mangsa ingin memutuskan hubungan cinta.
Difahamkan suspek mengambil gambar bogel mangsa ketika melakukan hubungan seks beberapa kali di bilik tidur suspek di pangsapuri berkenaan.

sumber:harian metro online

komen:wahai kaum wanita,jagalah diri baik2..janganlah senang2 tayang 'body" kat orang...pompuan ni tak ade ketahanan yang kuat..bile da sayang gile..bagi jela ape yang teman lelaki mintak..dengan "body" sekali tergadai..perempuan seharusnya mempunyai ketahanan diri yang kuat untuk mengelak perkara2 seperti ini berlaku..katakan tidak kalau teman lelaki mintak bende yang bukan2..ini tak..konon2nye da sayang sangat kat "boyfreind"..serahlah semuanya kat mamat tu yang belum "confirm" jadi suami korang..jangan jadi bodoh!bile dah berlaku perkara tu,timbul pulak kes2 macam nih...macam mane orang pomopuan nak buat?

No comments:

Post a Comment