Friday, September 11, 2009

KULIM: Anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah ini (PADK) menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang baru dua minggu melahirkan seorang bayi lelaki hasil hubungan sulit bersama teman lelakinya.

Dalam operasi yang diadakan di sebuah rumah di Taman Kenari, di sini, remaja berkenaan yang menetap bersama ibunya terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa di situ.

Menurut sumber, sepasukan anggota penguat kuasa menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang ramai kira-kira jam 11 malam kelmarin.

“Berdasarkan maklumat itu, beberapa pegawai penguat kuasa PADK menjalankan tinjauan serta pemeriksaan di rumah berkenaan yang didakwa berlakunya maksiat.

“Ketika pemeriksaan dijalankan di rumah itu, kami mendapati ada dua lelaki, tiga remaja perempuan serta seorang wanita dan seorang bayi dalam rumah itu.


“Hasil soal siasat mendapati wanita itu adalah ibu kepada tiga remaja manakala dua lelaki itu adalah kenalan anak perempuannya,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati bayi yang berada di dalam rumah itu adalah bayi anak perempuan wanita itu yang berusia 16 tahun dipercayai hasil hubungan sulit dengan teman lelaki pelajar berkenaan.

“Ibu pelajar terbabit yang berusia 40-an mendakwa kejadian itu berlaku ketika anak perempuannya tinggal bersama neneknya di Alor Star.

“Anak perempuannya itu bersekolah serta tinggal bersama neneknya manakala dua lagi adik perempuannya tinggal bersamanya di Kulim.

“Selepas dikecewakan teman lelakinya itu, dia kembali menetap bersama ibunya di Kulim selepas disahkan mengandung hasil hubungan itu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan teman lelakinya itu yang berusia 24 tahun sebelum itu berjanji untuk mengahwininya didapati menghilangkan diri.

“Kami menyerahkan kes itu kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya kerana ia membabitkan beberapa masalah,” katanya..

sumber:harian metro online


komen aku:bole dikatakan dalam semiggu 3 kali cerita ni terkeluar dalam surat khabar online nih..yang ni baru kantoi dan ade laporan..belum lagi kes-kes terpencil atau yang tersorok tuh..lagi banyak dan bersepah!kenape semua ini berlaku..sebab kite semua tak sedar diri..mengganggap perkara itu bende yang dah normal..jadi kebiasaan..sebenarnye tu merupakan satu malapetaka buat umat islam(kata ustaz la..aku tukang tambah jer)..satu bala besar kepade kite..memang tuhan tuh tak memberi kite dugaan dengan gempa bumi..banjir besar ke tau pon ape2 ker..tidak seperti di negara2 lain..kalulah bende tu berlaku kepada kite..mungkin la timbul sediit keinsafan pade kite..tgk macam tsunami tuh..mengigil kepale lutut aku melihatnyer..tak kan la sampai tahap tuh kite baru nak sedar dan insaf?tu pun kite dah terkena tempiasnyer..masihkah kite tidak insaf?entahla labu.....oleh itu marilah kite bersame-same kembali ke pangkal jalan(aku pon jahat jugak) dan kembali kepada islam yang sebenar..aminnn...

No comments:

Post a Comment