Sunday, September 27, 2009

konsert beyonce:wajar diadakan?

konsert tersebut bakala diadakan tidak lama lagi di kuala lumpur..tempatnyer?aku tak tahulah..tetapi apa yang aku cube timbulkan disini..perlu ke konsert tersebut di buat di negara ini sedangkan para pemimpin negara kite mengaku bahawa malaysia ini sebuah negara islam..yeke negara islam?Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tidak ada sebab untuk menghalang penyanyi terkenal dari Amerika Syarikat, Beyonce mengadakan persembahan di negara ini.
Menurut beliau lagi "Sekiranya beliau menunjukkan aurat dan sengaja melanggar peraturan yang dikenakan pihak berkuasa maka beliau tidak dibenarkan," katanya kepada pemberita selepas menganjurkan majlis rumah terbuka beliau malam tadi.ini memang menteri kaki ampu..kalau korang mengnali die lar...sekiranya beliau menunujukkan "aurat"..tang mana aurat tuh?adakan sekadar menutup tubuh badan sudah dikira menutup aurat..inilah kenyataan menteri bangang yang sememnagnyer mengeluarkan kenyataan bodoh dan tak lojik akal...dahla pulau batu putih terlepas pada singapura,,lepas tu keluarkan kenyataan mengatakan bahawa ini adalah "win-win situation"..kepale hotak die!dah la xbersungguh nak memepertahankan kedaulatan negara kite..lps ni ntah ape pulak pulau yang terlepas kat negara oarng pulak...ni satu lagi kenyataan die pasal tutup aurat..minah tu tau ker pasal aurat?ape la kenyataan bangang yang dikeluarkan..nak keluarkan kenytaan biarla betul sikit...fikir dulu sebelum cakap...nak tgk ker beyonce punye pakain macam mane?
hah!ambik!macam tu ker dikatakan tutup aurat?ataupon nak disuruh minah ni pakai baju kurung ker?yela bersempena denagn hari raye ni la kan...cakap ntah ape2...bagi aku la kan..konsert2 ni xperlu la nak diadakan kat malysia nih..cukupla dengan artis kt malaysia yang cukup berlambak sekarg nih..yang itu pon masih tak tahu nak menutup aurat..ni lagi pulak sibuk nak dijemput artis luar...korang nak kate bagi peluang orang mude nak berhibur?tak cukup ke lagi dengan pusat hiburan yang bersepah kat KL tuh?nak dengar lagu beyonce?kat internet pon banyak...download jer..tak kene bayar pon..free jer..nak kata aku anti hiburan?tak..ku pon minat muzik gak...tp xla smpai tahap nak memuja-muja..nak ikut cara mereka..tak salh kalau kite mendenagr muzik tapi jangan melampau...tu jer..sebab pe aku xsetuju denagn konsert?sebab banyak keburukan dari kebaikannyer...korang tau ker bape banyak "getah scrap" yang bertaburan kt tapak2 pesta atau konsert seperti tuh?malah ade pihak yang membuat kajian bahawa kebanyakkan wanita menjadi bunting disebabakan pesta2 seperti itu..die kate bile ade akitiviti yang besar seperti sambutan merdeka atau tahun baru..dalam beberapa bulan selepas tuh mesti ade pompuan yang buncit..sebab ape?lu pikirlah sendiri..bukan kate xpernah pergi ke tempat2 sebegitu..aku pon pernah pergi tempat macam tuh..bile laki dan perempuan dan berdua-duaan..mcm biaselar..pihak ketiga akan cucuk baik punyer...aku pon pernah duduk berdua-duaan..so aku tau lar pe akibatnyer..aku menyokong penuh tindakan Pemuda Pas puast untuk menetang konsert ini daripad diteruskan..kite buakn memenetang sebab kite ni jumud atau terbelakang..kite sendiri tau kan..budaya berhibur ni bukan budaya orang islam..tak perlu la kite nak mengikut semua ayng dibuat oleh mereka..nak tiru prkar2 yang baik x menjadi..masalh pada aku..kalau nak mengikut yang buruk jer,memanglah tak elok dan perlu dihindarkan..hah!malas aku nak tulis lagi...koarng sendiri atu la kan...baik buruk nyer..kalau aku nak tulis dalam nih sampai besok tak habis..terlalu banyak persoalan yang tak abih2 dan perlu di rungkaikan....sekian(dah lenguh tangan aku nak menaipnyer)...



Thursday, September 24, 2009

dia ibuku


sewaktu cerita ni ditulis,hari ni telah masuk hari ke 8 ibuku telah berada dihospital...

17 sept 09 - khamis mlm jumaat,ibuku telah pengsan dan jatuh rebah dirumah..bapaku telah membawanya ke hospital tanjung karang utk pemeriksaan lanjut..pada masa tu aku masih berada dirumah abagku dan merancang utk pulang ke kampung keesokannya..aku telah mendapat panggilan daripada abag sulungku mengatakan emak telah masuk ke hospital..aku cume mengiyakannye sahaja kerana aku fikirkan mungkin tiada ape2 masalah sangat..dlm pukul 1.30 aku telah ke hospital untuk melihat kedaan die..aku menjadi sebak melihat kedaan die..itulah kali pertama aku melihat die di hospital..

18 sept 09 - ibuku telah dihantar ke hospital sungai buloh untuk pemeriksaan lanjut kerana hospital tanjung karang tidak mempunyai doktor pakar untuk mengesahkan penyakit die..selepas itu dalam pukul 5 pagi abgku telah mendapat panggilan darpd hospital sungai buloh untuk mendapat kebenaran melakukan pembedahan..dengan seberapa pantas aku dan abgku telah kesane untuk melihat keadaan die disana..perasaanku semakin takut..kami telah smpai sekitar jam 5.30 dan melihat ibuku telah terlantar di katil hospital..alat bantuan pernafasan telah diberikan..keadaan agak kritikal pada mase tuh..aku semakin sebak melihat keadaan die..isk..isk..doktor telah mengsahkan die mengalami pendarahan beku di sekitar kepala die..ia berpunca akibat tekanan darah tinggi yang melampau dan telah naik sehingga ke kepale dan doktor mengesahkan die juga mendapat kencing manis dan strok (x confirm lg)..keadaan die agak kritikal dan memerlukan pembedahan segera..pada sekitar jam 9 pagi die telah dimasukkan ke bilik pembedahan utnuk membuaang darah beku tersebut..doktor mengatakan pembedahan ini agak bahaya kerana melibatkan kepala..50-50 katenyer..klu doktor tersilap sikit jer boleh membawa maut..aku semakin sebak dan begitu takut mase tuh..
pada mase tu aku tidak boleh memikirkan ape2 lagi dan hanya teringat wajah ibuku yang sangat aku sayangi..aku hanya mampu menitiskan air mata kerana tidak sanggup memikirkan kedaan ibuku yang sangat genting pada mase tuh..aku telah menghantar mesej kepada semua rakan2ku untuk mendoakan ibuku supaya pemebedahan itu berjalan dengan baik..dan alhamdulillah pada sekitar jam 12.30 pembedahan selesai dilakukan..

pada waktu cerita ini ditulis,keadaan die beransur pulih dan boleh menggerakkan tangan nya..hari raya thn ni amat menyedihkan kerana tiada ibu di sisi..melihatkan kedaan die selepas pembedahan pon aku tak sanngup untuk menatap wajahnyer..aku tahu die sedang bertarung dengan kesakitan..isk..isk..aku hanya mampu menitis air mata melihat kedaan die yang sebegitu rupa..aku hanya mampu merintih dan berdoa supaya die cepat sembuh..

banyak hikmahnya daripada kejadian ini..hubungan kami sekeluarga makin bertambah rapat sejak kejadian ini..abangku sangat mengmbil berat tentang kedaan die..sehingga ke hari ni pon die sering ulang alik ke hospital untuk melihat kedaan die..

kepada anda yang membaca cerita nih..sayangilah ibu selagi hayat die ade..dengarlah nasihat die..turitilah nasihat die..sebab aku selalu dgr nasihat die..jadi aku bole jadi org yang sempurna..klu aku tak dengar nasihat die..tak mungkin aku akan jadi manusia yang berguna..cume harapan aku selepas nih..aku boleh menumpukan perhatian lebih kepada die..die adalah segala-galanye bagi aku kat dunia ini..kalau la die nak pergi sekalipun..biarlah la aku dapat membalas segala jasa nyer yang terlalu banyak dan tak terhitung..sebab kalau tuhan lebih menyayangi die pada waktu sekarang nih..aku mungkin akan terkilan sampai aku mati sekalipun kerana masih belum dapat membahagikan hidupnya dan menggembirakan hidup die di dunia ini..aku akan terus berdoa dan berdoa sehingga ke akhir hayat die..kasih ibu membawa ke syurga....

kepada rakan2..minta mohon doa dari korang untuk kesihatan ibuku yang masih terlantar di hospital sekarang ini..


Thursday, September 17, 2009

Wednesday, September 16, 2009

panadol berbahaya?

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

komen aku:mungkin dakwaan ini benar atau tidak,tetapi sebagai pengguna kite haruslah berhati-hati..(aku pon selalu makan panadol kalau sakit kepala..huhu)

Tuesday, September 15, 2009

1 malaysia F1 team

petang tadi sebelum menunggu waktu berbuka,aku telah terbaca satu berita yang agak menarik untuk dikongsi disini http://www.anwaribrahimclub.com/2009/09/najib-launches-malaysias-own-f1-team/

Adakah negara kite perlu mengeluarkan pelumba F1 hanya semata-mata untuk gah di mata dunia?bagi aku tidak perlu kerana kita telah mengeluarkan sejumlah wang yang begitu banyak untuk dilaburkan dalam menghasilkan pasukan yang begitu besar belanjanya seperti syarikat petronas yang menghabiskan berjuta-juta ringgit hanya kerana untuk terlibat didalam sukan perlumbaan itu.Memang kita tahu ia adalah kerjesama daripada petronas dengan syarikat asing dalam memajukan industri perlumbaan ini,tetapi berapa banyak duit yang telah dilaburkan untuk sukan ini?tentu banyak kan?ye..memanglah petronas telah membayar royalti kepada keraajaan pusat untuk cukai mereka,tetapi apakah manfaat utama yang kita dapat?memang itu duit mereka..tetapi ingat!kamu jangan sesuka hati dalam berbelanja tak tentu pasal..sepatutnya duit itu dinikmati seluruh rajyat malaysia..adakah kamu sanggup untuk menjawab di akhirat nanti?ye..memang tidak dinafikan dengan menyertai sukan ini kite dapat memperkenalkan negara kita di mata dunia..tetapi apa manfaat untuk rakyat?kenapa duit itu tak nak dibelanjakan kepada rakyat?cukuplah dengan pasukan petronas jer..dah berjuta-juta duit dilabur ka situ..ni apehal si mongolia ni pon nak sebuk2 nak buat pasukan F1 team nih?berapa ratus juta duit perlu dilaburkan untuk projek ini?sape yang dapat projek nih?perlu sangat ke nak buat pasukan F1 nih?tak cukup ke Malaysia dah memang terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai kes nyer..dengan rasuah lar..sistem kehakiman lar..bunuh orang dengan C4 lar..dah cukup pon..xperlu nak memperkenalkan negara kita lagi di mata dunia..negara indonesia pon dah cukup kenal negara kita..siap dibakar lagi bendera tuh..hahahah..kalau aku jadi perdana menteri la kan...aku akan pastikan keperluan asas rakyat aku cukup dulu..sume ade rumah,ade kerja..hidup rakyat aku betul2 sempurna dan cukup segalanya..baru aku memikirkan bende lain..oooo..jangan main2 wooo..kalau dah duduk kat padang masyar nanti,sume bende akan disoal woo..apa aku nak jawab?kamu boleh menghabiskan duit yang banyak semata-mata untuk melaksanakan projek yang menguntungkan sesetengah pihak,tetapi rakyat kamu sendiri mati kelaparan,macam mane?bagi aku la kan..kalau setakat nak memperkenalkan malysia di mata dunia,tak payah!orang da cukup kenal kamu wahai si mongol!baik kamu gunakan duit tuh bantu orang miskin,orang tak de rumah..yang kais pagi kais petang pon ade lagi kat malysia nih..diorang kene di bantu..bukan menghabiskan duit tak tentu pasal!kalau kamu dah mati kan senang..ramai orang akan mendoakan kesejahteraan kamu..tak gitu?sedar2lah...wahai pemimpin2 malaysia..

akibat kebodohan diri sendiri

KUALA LUMPUR: Cemburu kerana kekasih hati disambar orang menyebabkan seorang lelaki nekad mengugut ingin menyebarkan gambar dan video telanjang bekas kekasihnya dalam laman web YouTube.
Tindakan itu tidak hanya bertujuan memalukan mangsa yang juga seorang pelajar kolej, malah lelaki terbabit turut berniat ingin membunuh bapa mangsa yang juga menghidap sakit jantung yang didakwa akan mati terkejut selepas menatap gambar ‘panas’ anaknya itu.
Sumber polis berkata, mangsa seorang pelajar perempuan berusia 21 tahun sebelum ini dikatakan menjalin hubungan cinta dengan suspek yang berusia 28 tahun sejak beberapa bulan lalu.
Namun akibat tidak mempunyai persefahaman, mangsa dikatakan memutuskan hubungan dengan teman lelakinya.
“Bagaimanapun suspek yang seolah-olah mengekori gerak-geri mangsa menghubunginya jam 6 petang semalam, ketika mangsa bersama teman lelaki barunya bersiar-siar berhampiran pusat beli- belah di Bukit Bintang di sini.
“Difahamkan suspek yang menghubungi telefon bimbit mangsa mengugut agar kembali semula menjadi kekasihnya jika tidak mahu terus diganggu,” katanya.
Menurutnya, ketika kejadian, mangsa sudah beberapa bulan memutuskan hubungan cinta dengan suspek dan mempunyai seorang teman lelaki baru dikenali.
Keadaan ini menyebabkan timbul rasa cemburu bekas teman lelaki mangsa yang cuba mengganggu kehidupan baru mangsa.
“Malah lebih teruk apabila suspek turut memaksa mangsa bercakap dengannya jika tidak mahu gambar dan video ‘panas’ diambil sebelum ini disebarkan.
“Difahamkan gambar bogel mangsa diambil ketika menjalin hubungan cinta sebelum ini diugut akan disebarkan melalui Youtube dalam tempoh terdekat,” katanya.
Malah, suspek mendakwa sengaja ingin menyebarkan gambar lucah berkenaan supaya bapa mangsa yang menghidap sakit jantung akhirnya mati akibat terkejut.
Susulan itu, mangsa bertindak membuat laporan polis.
“Pihak polis yang memandang serius kes terbabit meminta mangsa menghubungi suspek bagi mengatur temujanji di rumah mangsa di Bukit Bandaraya di sini.
“Suspek yang datang dengan kereta kemudian cuba ditahan sebaik tiba di kawasan itu. Namun suspek enggan menyerah sebaliknya melarikan diri dengan hampir melanggar seorang anggota polis,” katanya.
Menurutnya, suspek yang melarikan diri diberkas polis sebelum ditahan reman bagi menjalankan siasatan atas jenayah ugutan.
Dalam kes berasingan awal bulan lalu, seorang lelaki berusia awal 20-an turut diberkas polis selepas mengugut untuk menyebarkan gambar bogel teman wanitanya berusia 16 tahun.
Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pangsapuri di Taman Pinggiran Subang di sini, ditahan polis selepas mangsa membuat laporan polis berhubung tindakan suspek cuba menyebarkan gambar berkenaan kerana mangsa ingin memutuskan hubungan cinta.
Difahamkan suspek mengambil gambar bogel mangsa ketika melakukan hubungan seks beberapa kali di bilik tidur suspek di pangsapuri berkenaan.

sumber:harian metro online

komen:wahai kaum wanita,jagalah diri baik2..janganlah senang2 tayang 'body" kat orang...pompuan ni tak ade ketahanan yang kuat..bile da sayang gile..bagi jela ape yang teman lelaki mintak..dengan "body" sekali tergadai..perempuan seharusnya mempunyai ketahanan diri yang kuat untuk mengelak perkara2 seperti ini berlaku..katakan tidak kalau teman lelaki mintak bende yang bukan2..ini tak..konon2nye da sayang sangat kat "boyfreind"..serahlah semuanya kat mamat tu yang belum "confirm" jadi suami korang..jangan jadi bodoh!bile dah berlaku perkara tu,timbul pulak kes2 macam nih...macam mane orang pomopuan nak buat?

Monday, September 14, 2009

Laman web sosial online

MENGHAMPIRI Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, pengguna laman web sosial kian rancak berbalas mesej, bermaaf-maafan dan berpesan pada halaman seperti Facebook, MySpace, Twitter serta banyak lagi.

Tulisan di 'Wall' umpamanya sarat dengan mesej 'Salam Lebaran', 'Selamat Menyambut Syawal' yang membuatkan Facebook aktif dan diperbaharui hampir setiap minit.
Laman web sosial seperti Facebook, MySpace, Twitter dan banyak lagi ibarat mengeratkan aur dengan tebing, merapatkan isi dengan kuku selain mendekatkan yang jauh.

Namun tanpa disedari, laman web sosial sebegitu mampu berubah wajah menjadi musuh dalam selimut atau udang di sebalik batu.

Kepopularan laman web sosial mengundang rasa terliur si penjenayah siber, seterusnya memancing mereka mensasarkan panah ke arah penghubung komunikasi terbabit dengan anak panah 'scam' atau phishing.

Ia tidak mustahil berlaku memandangkan penjenayah siber turut mengikut aliran semasa dan menyedari laman web sosial sebagai lubuk baru menguji pengguna Internet.

Kegiatan menyalahgunakan teknologi kini dikesan menular kepada laman web sosial seperti dilaporkan vendor perisian keselamatan F-Secure menerusi F-Secure Response Labnya, baru-baru ini.

Makmal itu memberi contoh akaun seorang blogger pro-Georgia, Cyxymu yang diserang dengan Distributed Denial of Service (DDoS) mengakibatkan jutaan pengguna Facebook dan Twitter lumpuh.

Kegiatan itu menyebabkan pengguna menghadapi masalah dengan rangkaian halaman mereka yang lembab dan berada dalam kedudukan 'offline' atau tidak boleh dibuka pada hari terbabit.

Ketua Pegawai Penyelidik F-Secure, Mikko Hypponen, berkata sasaran penjenayah siber hanya membabitkan individu tertentu, namun ia mempengaruhi keseluruhan komuniti.

"Kita tidak akan tahu siapa dalang di sebalik serangan ke atas Cyxymu, lebih memburukkan keadaan, mereka memiliki akses terhadap lebar jalur tertentu," katanya.

Komunikasi melalui Facebook bersangkut-paut dengan hubungan peribadi terhadap komuniti dan rakan mengaitkan pelbagai tahap kepercayaan apabila pengguna menerima mesej menerusi 'Wall' daripada rakan yang lain.

Tentunya penerimaan spam dan e-mel tidak diketahui dalam laman web sosial terbabit memburukkan tahap kepercayaan kita terhadap kerahsiaan platform digunakan yang disifatkan tidak selamat.

Apatah lagi Facebook kini memiliki 250 juta pengguna di seluruh dunia, fakta disedari penjenayah siber yang sudah pasti menjadikan laman web sosial ini sebagai sasaran.

Penasihat Keselamatan F-Secure, Sean Sullivan, berkata kelemahan menetapkan kata laluan adalah salah satu 'lubang' penjenayah siber yang pantas menggali rangkaian sosial untuk tujuan tertentu.

"Tujuan mereka mudah, dapatkan kata laluan dan loloskan diri ke dalam halaman sosial individu sebelum mencuri maklumat peribadi seperti nombor telefon rakan si pengguna, senarai hubungan dan banyak lagi.

"Kemudian penjenayah siber terbabit akan menjualnya data terbabit kepada penjenayah spam atau menggunakannya sendiri bagi mendapatkan duit melaluinya," katanya.

Sullivan berkata, kerosakan akibat akaun Facebook yang digodam akan menjadi lebih teruk sekiranya kata laluan sama digunakan untuk mengakses akaun e-mel lain.

"Lebih parah, si penjenayah yang sudah memperoleh kata laluan akan menukar semua kata laluan si pengguna pada laman web lain sebelum mendapatkan maklumat perbankan dan cuba menyelesaikan soalan keselamatan pada aplikasi," kata Sullivan.

Katanya, pengguna sendiri tidak akan menyangka jawapan kepada soalan keselamatan dalam e-mel atau akaun lain sebenarnya mudah didapati pada laman web Facebook seperti nama tengah, alamat rumah atau nama binatang kesayangan.

Sullivan menasihatkan pengguna agar menetapkan kata laluan berbeza bagi setiap akaun e-mel, laman sosial dan sebagainya.

"Pengguna Facebook perlu memasukkan alamat e-mel untuk membuka laman web sosial mereka. Oleh itu, mereka perlu memberikan kata laluan berbeza bagi setiap laman web sosial.

"Lagi baik sekiranya, pengguna mempunyai akaun e-mel berbeza yang digunakan untuk perniagaan, akaun e-mel utama atau laman web sosial lain," katanya.

Tahun ini juga menyaksikan siri mesej palsu dalam 'inbox' Facebook' dihantar daripada 'rakan' yang menuntut pertolongan dari segi kewangan.

"Pengguna perlu berhati-hati dengan mesej sebegini dan menyiasat terlebih dahulu status rakan sebelum mengirim duit seperti dimohon," ujar Sullivan.

Sullivan berpendapat, keselamatan dalam laman web sosial juga memiliki aspek positif, tidak seperti jenayah e-mel klasik yang boleh menghantar surat berantai selama bertahun-tahun.

"Pergaulan pengguna dalam Facebook secara tidak langsung memberi kesedaran kepada mereka mengenai serangan jenayah siber terkini yang diperoleh menerusi rakan lain dalam laman sosial," katanya.

Menurut beliau, pergaulan komuniti salah satu faktor penting dalam memberi publisiti kepada maklumat terkini keselamatan yang berguna dan mengambil langkah sepantas mungkin untuk menanganinya.

sumber:harian metro online


Friday, September 11, 2009

KULIM: Anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah ini (PADK) menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang baru dua minggu melahirkan seorang bayi lelaki hasil hubungan sulit bersama teman lelakinya.

Dalam operasi yang diadakan di sebuah rumah di Taman Kenari, di sini, remaja berkenaan yang menetap bersama ibunya terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa di situ.

Menurut sumber, sepasukan anggota penguat kuasa menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang ramai kira-kira jam 11 malam kelmarin.

“Berdasarkan maklumat itu, beberapa pegawai penguat kuasa PADK menjalankan tinjauan serta pemeriksaan di rumah berkenaan yang didakwa berlakunya maksiat.

“Ketika pemeriksaan dijalankan di rumah itu, kami mendapati ada dua lelaki, tiga remaja perempuan serta seorang wanita dan seorang bayi dalam rumah itu.


“Hasil soal siasat mendapati wanita itu adalah ibu kepada tiga remaja manakala dua lelaki itu adalah kenalan anak perempuannya,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati bayi yang berada di dalam rumah itu adalah bayi anak perempuan wanita itu yang berusia 16 tahun dipercayai hasil hubungan sulit dengan teman lelaki pelajar berkenaan.

“Ibu pelajar terbabit yang berusia 40-an mendakwa kejadian itu berlaku ketika anak perempuannya tinggal bersama neneknya di Alor Star.

“Anak perempuannya itu bersekolah serta tinggal bersama neneknya manakala dua lagi adik perempuannya tinggal bersamanya di Kulim.

“Selepas dikecewakan teman lelakinya itu, dia kembali menetap bersama ibunya di Kulim selepas disahkan mengandung hasil hubungan itu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan teman lelakinya itu yang berusia 24 tahun sebelum itu berjanji untuk mengahwininya didapati menghilangkan diri.

“Kami menyerahkan kes itu kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya kerana ia membabitkan beberapa masalah,” katanya..

sumber:harian metro online


komen aku:bole dikatakan dalam semiggu 3 kali cerita ni terkeluar dalam surat khabar online nih..yang ni baru kantoi dan ade laporan..belum lagi kes-kes terpencil atau yang tersorok tuh..lagi banyak dan bersepah!kenape semua ini berlaku..sebab kite semua tak sedar diri..mengganggap perkara itu bende yang dah normal..jadi kebiasaan..sebenarnye tu merupakan satu malapetaka buat umat islam(kata ustaz la..aku tukang tambah jer)..satu bala besar kepade kite..memang tuhan tuh tak memberi kite dugaan dengan gempa bumi..banjir besar ke tau pon ape2 ker..tidak seperti di negara2 lain..kalulah bende tu berlaku kepada kite..mungkin la timbul sediit keinsafan pade kite..tgk macam tsunami tuh..mengigil kepale lutut aku melihatnyer..tak kan la sampai tahap tuh kite baru nak sedar dan insaf?tu pun kite dah terkena tempiasnyer..masihkah kite tidak insaf?entahla labu.....oleh itu marilah kite bersame-same kembali ke pangkal jalan(aku pon jahat jugak) dan kembali kepada islam yang sebenar..aminnn...

Thursday, September 10, 2009

khasiat mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

sumber:cina islam.blogspot

komen:mmg dah terbukti dlm kajian bahawa mandi ni byk mendatangkan kebaikan..so baykkanlah mandi2 tu yer..xkire dimana..parit ker..sungai ker..perigi ker..laut ker..tasik ker...yang penitng mandi..jgn xmandi..nnti busuk bau badan!aku xsanggup nk menhannyae..hehehehe...

Tuesday, September 8, 2009

khas untuk kaum wanita:doa khusus untuk elak dirogol atau cabul

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Moga DiPelihara

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

sumber:zaharuddin.net

komen aku:bagi kaum2 hawa yang berada duluar tuh..amalkanlah doa2 tersebut untuk keselamatn diri anda semua..maklumlah zaman sekarang nih..macam2 boleh berlaku kat perempaun..

makanan di hotel syubhat atau haram?

Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, wakil PPIM dan 2 orang Chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.

Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.


Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.
Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita...

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.

Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.

Selain daripada Arak , ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan
untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh . Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.

Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.

JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.

Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalam an daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.

Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.


ULASAN UZAR

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.. inilah satu lagi cabaran umat Islam. Tidak dapat dinafikan cukup ramai umat islam termasuk para ulama seluruh dunia menggunakan servis di hotel-hotel lima bintang ini. Terutama apabila mereka menyertai persidangan-persidangan besar di Malaysia dan seluruh dunia.

Saya masih ingat ketua chef di restoran terkemuka di Lembah Klang yang dimiliki oleh seorang usahawan Bumiputra yang rapat dengan saya, pernah mendedahkan bahawa kebanyakkan hotel sememangnya akan mencampurkan arak dalam kebanyakkan masakannya.

hidangan hotel

Justeru, saya kira satu tindakan bersepadu perlu dibuat bagi menuntut pihak JAKIM mencari jalan agar dapat bersikap tegas dalam hal ini dan pihak pengurusan hotel pula perlu didesak untuk mendapatkan sijil halal yang benar-benar halal.

Umat Islam pula perlu berfikir lebih mendalam setiap kali mereka ingin menjamah makanan di hotel-hotel sebgini. Jika ada sebarang function yang ingin dilaksanakan di sana, pihak urusetia wajib MEMBERI AMARAN DAN TUNTUTAN kepada pihak hotel dan Chef Executive bahawa mereka TIDAK MAHU sebarang percampuran arak atau menggunakan bekas babi dalam hidangan mereka. Jika tidak, pihak urusetia juga turut bertanggung jawab di dunia dan akhirat.


http://www.zaharuddin.net

komen aku:oleh tu kite perlu berwaspada dan berhati2 soal makan nih..diberitakan bahawa sekitar 40 hotel daripada 200 buah hotel yang beroperasi di hotel seluruh malaysia mempunyai perakuan sijil halal daripada JAKIM..yang lain tidak ade..lagi-lagi dalam bulan puasa nih..pelbagai promosi yang dibuat oleh pihak hotel untuk menarik pelanggan untuk berbuka puasa..oleh itu kite sebagai orang islam haruslah berwaspada tentang perkara ini..satu lagi tentang harga yang ditawarkan untuk berbuka puasa boleh mencecah sehingga rm 70-150 ringit untuk sekali sesi berbuka puasa..berbaloikah?mungkin bagi mereka yang kaya atau terlebih duit boleh menghabiskan duit kita di sana..walhal modal belanja untuk makan seorang mungkin rm 10-20 ringgit sahaja..berbaloi ker?tepuk dada tanya selera..

Sunday, September 6, 2009

Renungan sempena nuzul Quran

SAMBUTAN NUZUL QUR’AN

Hari ini 16 Ramadhan 1430 bersamaan 6 September 2009. Malam ini malam memperingati Nuzul Qur’an. Masyarakat Islam di Malaysia tidak asing lagi dengan istilah arab Nuzul Qur’an kerana ia disambut setiap tahun. Ada negeri tertentu bercuti sempena peristiwa bersejarah itu. Dalam pada masyarakat memperingati peristiwa penuh makna itu, berapa ramai yang benar-benar ,menghayati nuzul Qur’an? Berapa ramai yang sudah khatam al Qur’an di saat ini?

Sedarkah kita kekadang kita lebih mementingkan bahan bacaan lain dari membaca, memperhatikan, menghayati dan melaksanakan perintah ayat-ayat al Qur’an(tadabbur)? Kita lebih selesa membaca surat khabar yang berpuluh mukasurat daripada menghabiskan bacaan 1 juz satu hari yang hanyai ada 10 mukasurat sahaja. Kadang2 Kita lebih percaya berita dalam akhbar daripada berita dalam al Qur’an. Kadang2 kita lebih jadikan akhbar dan buku2 tulisan manusia sebagai panduan kehidupan daripada al Qur’an. Mahu bersosial, rujuk barat.Mahu berekonomi, rujuk barat. Mahu menghukum, rujuk barat juga. Mahu berpolitik pun, rujuk barat juga. tinggallah solat, puasa, zakar haji sahaja yg rujuk Qur’an. Apa nak jadi kepada umat Islam akhir zaman?

Masyarakat hari ini, jangankan nak ikut Qur’an, nak baca pun tak pandai. Yang mahir baca pula, belum tentu faham makna. Yang faham makna pula, belum tentu melaksanakan apa yang disuruh. Yang melaksanakan pula, belum tentu bersungguh2 dalam menghayatinya.

BAGAIMANA SALAFUSSOLEH MENYAMBUT NUZUL QUR’AN

Sebenarnya tiada perayaan khusus yang dibuat sempena nuzul qur’an. Tapi yang pasti, mereka memperbanyakkan membaca al Qur’an berlipatkali ganda melebihi bulan2 biasa. Pernah direkodkan kisah2 ulama’2 besar salaf mengkhatamkan Qur’an di luar kebiasaan kita pada hari ini. Imam az Zuhri dan Sufyan At Thauri khatam berpuluh kali dalam Ramadhan. Imam Syafie dikatakan khatam Qur’an 60 kali di bulan penuh keberkatan ini, sedangkan dalam bulan2 lain ‘hanya’ 30 kali. Imam Qatadah di luar Ramadhan mengkhatamkan setiap tujuh hari, di dalam Ramadhan khatam sampai tiga hari. Demikianlah ulama Ahlus sunnah tidak pernah merayakan Nuzulul Qur’an, namun setiap harinya khatam Al Qur’an ada yang sekali dan ada yang dua kali.

REALITI UMAT ISLAM HARI INI DAN AL QUR’AN

Sementara kita di bulan Ramadhan jika hanya mampu khatam satu kali saja sudah merasa puas dan gembira. Itupun dapat dihitung dengan jari. Kadang2 sesetengah tempat tu, budaya iftor jama’ie/berbuka puasa sempena khatam Qur’an dibuat setiap tahun di surau masjid, tetapi jamaah surau masjidnya tak khatam pun Qur’an. Kekadang di tempat tarawih lapan rakaat, selepas empat rakaat diselitkan dengan tazkirah dari ustaz-ustaz yang dijemput. Ustaz yang dijemput menceritakan betapa besarnya fadhilat mengerjakan amalan sunat di bulan Ramadhan, menyamai ganjaran pahala amalan wajib. Begitu juga menurut ustaz2 yang beri tazkirah, betapa pentingnya kita menghayati al Qur’an sebagai panduan hidup yang syumul. Bayangkan tuan-tuan, bagaimana kita mahu menjadikan al Qur’an sebagai panduan sekiranya kita jarang membacanya? Bagaimana boleh kita kata al Qur’an itu syumul dan komprehensif sedangkan kita didik anak tidak berlandaskan al Qur’an?

sumber: ibnuabbas.wordpress.com

komen:sama2 lah kite menghayatinyer sebagai satu pengajaran..


penipuan yang cukup hebat dan licik

SENARAI BENDA PALING AJAIB DI DUNIA PERLU DITAMBAH.TERBARU TOLONG MASUKKAN UDANG KELINGKING KFC KE DALAM SENARAI TERSEBUT.KEAJAIBAN UDANG KFC INI IALAH DAPAT BERTUKAR SAIZ DALAM DUA KEADAAN.BILA IA MUNCUL DI TV SAIZNYA LEBIH BESAR DARIPADA PAHA AYAM MAUPUN CAWAN MINUMAN. APABILA MASUK KE DALAM RESTORAN SAIZNYA AKAN MENGUNCUP MENJADI SEBESAR KELINGKING.WALAUBAGAIMANAPUN IA NAMPAK LEBIH SEKSI BERBANDING JARI KELINGKING KITA.

INI BUKAN CERITA TIPU,WALAUPUN ANDA YANG TERKENA TELAH TERTIPU.SEBENARNYA 2 KALI ANDA TERTIPU.PERTAMA ANDA TERTIPU DARI SEGI SAIZ UDANG,KEDUA ANDA TERTIPU KERANA TERPAKSA MEMBAYAR KOS IKLAN (DALAM HARGA UDANG AJAIB ITU) UNTUK MENIPU ANDA SENDIRI.


ini yang dlm iklan TV


yang ini real punyer
sumber:http://biaqpila.blogspot.com

komen aku:
bende2 nih mmg biase berlaku di kalangan kite,secara kite sedar atau tak..strategi pengiklanan yang sunnguh bijak..bila dalam iklan swmuanya sempurna..tiade kecacatan..bile kite dah menggunakannya..sendiri mau ingat lar..

Wednesday, September 2, 2009

My "final year project" begin...part 1

Setelah berhempas pulas selama 3 tahun aku menuntut ilmu kebal..eh..bukan..aku menuntut ilmu didalam diploma..kini tibalah masanya untuk aku merekabentuk projek tahun akhir aku..pemilihan idea dan reka bentuk bermula sebaik sahaja aku habis praktikal..xde cuti langsung..hari pertama jer aku da mengadap "project briefing"..aduh..pening..mereka menyuruh setiap ahli kumpulan memikirkan sesuaau produk yang bole digunakan di "PT department" di tempat aku blaja lar..ape ek?nak buat ape ek?hurrmmm...mentang-mentang lar bangunan baru..bole plak suruh buat bende yang bole digunakan di situ..pikir punye pikir..perah punye perah..akhirnya satu projek telah terpilih iaitu "Portable Height Levelling and Lifting"..ape natang tu ek?mahluk tu digunakan sebagai platform untuk mengangkat pelajar-pelajar yang tidak cukup ketinggian terutamanya orang pompuan lar...korang jangan marah aaaa....bukan nak kutuk orang pompuan..memang budak pompuan tempat aku belajar banyak yang tak cukup ketingian atau bahasa kasarnya "pendek" huhuhhuu....jadi produk itu direka cipta olek aku untuk menyelesaikan masalah ini..produk tu juga boleh digunakan untuk mengangkat objek-objek yang dikira beratlar...bila mase "presentation",kumpulan aku dibelasah macam-macam,yela..tak cukup kajian lagi...tapi kau "goreng" jela "verifier-verifier" tuh..peduli ape aku!janji aku jawab..konsep yang aku gunakan adalah seperti ini..

bila mase "presentaion" aku dah terangkan dekat diorang kegunaan benda alah nih..tapi sibuk nak membantai kau jugak...arghhhhhhhhhhh......nak komen jer pandai..pegi buatlar..senag ke tak senang..aku cakap kalau untuk mengangkat orang bende ni memang tak bole terlalau tinggi sebab tidak ada unsur-unsur keselamatn...memang tak tinggi pon kalau nak mengangkat orang..tapi produk ni boleh digunakan untuk mengangkat objek-objek lain lar..macam aku cakap tadi..kalau dicipta semata-mata "platform" untuk mengangkat orang..aku rasa tak berbaloi lah..sebab aku akan menggunakan sistem "hydarulic" untuk menjadikan projek ini lebih gempak..konon-kononlar..sitem hydarulic?mahal tuh..nantila aku cite lagi..aku nk blah nih...bye-bye..

isu pemakaian tudung

SPENCER Wall, seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun asal West Texas, tergolong unik dan luar biasa di tengah masyarakat majoriti bukan Islam. Dia yang beragama Kristian, tetapi sejak akhir April lalu telah memutuskan untuk memakai pakaian Muslimah, bertudung lengkap selama satu tahun ini. Apa tujuannya?

Wall mengatakan dia bukan ber'eksperimen' tetapi belajar dari pengalaman. Dia nak rasa bagaimana menjadi golongan minoriti seperti komuniti Muslim, yang selalu dipandang sebelah mata dan dicurigai di negaranya, walaupun dia bukan mewakili komuniti tersebut. "Saya bukan ingin mewakili Muslimah atau komuniti Muslim.. Saya hanya ingin tahu bagaimana rasanya menjadi seperti mereka.. sebentar saja ..." ujar Wall.

Perubahan penampilan Wall tentu sahaja mengundang banyak tanya dari teman-teman dan orang-orang sekeliling. Wall memang mengalami hal-hal yang tidak diharapkannya sejak memakai tudung dan pakaian Muslimah. Orang kerap memandang Wall dengan curiga, tidak mahu bercakap dengannya dan sering dicemuh. Bahkan pernah ada pengunjung di restoran tempatnya bekerja, menolak dilayani Wall. Tetapi seperti kebanyakan Muslimah di AS yang kerap menerima kelaku seperti itu, Wall tidak ambil peduli dan tetap terus melangkah.

Pertanyaan yang kerap diterima ialah, asal dari mana? Kerana orang-orang Amerika masih melihat warga Muslim sebagai imigran atau pendatang. Mulanya Wall menjelaskan, 'ingin belajar dari pengalaman..' Tapi lama-lama, dia pun bosan juga, dan jawab pendek,"Saya bukan Muslim, tetapi saya pakai tudung kerana sukakanya!" Meski demikian, Wall mengakui jawapan itu tidak sepenuhnya benar, kerana jauh di dalam hatinya ia merasa tidak boleh keluar rumah tanpa berpakaian Muslimah. "Saya pernah cuba tak pakai tudung sehari saja, tetapi tak boleh..."

Kini bukan hanya dalam berpakaian, Wall juga mengikuti kebiasaan bagaimana sepatutnya sikap seorang Muslimah. Ia menolak hubungan bebas terutama dengan lelaki. Pernah di toko pakaian, Wall meminta pelayan toko itu menutupi ruang terdedah apabila kakinya ternampak semasa mencuba-cuba pakaian. Wall mengatakan, pengalamannya 'menjadi seorang Muslimah' mengajarnya untuk menghargai dan menghormati hal-hal yang bersifat peribadi. Satu hal yang tidak pernah ia rasakan dalam ajaran agama Kristien.

Bahkan katanya, suatu hari nanti ia juga ingin rasa bagaimana hendak bersolat 5 kali tiap hari. "Seperti yang anda tahu, kami hidup di tengah masyarakat yang tidak peduli dengan aktiviti ibadah. Dengan pengalaman saya sekarang, saya rasa diri saya lebih dekat dengan Tuhan," ungkap Wall. "Pengalaman ini mengajar saya untuk menghormati wanita yang membuat keputusan ' tinggal tetap di rumah, menjaga dan mendidik anak-anak saja..' menghormati mereka yang bertudung lengkap, beraktiviti di luar atau menjadi seorang CEO.." sambungnya.

sumber:ibnuhasyim.blogspot

komen aku:pelik bukan?bagaimana seorang wanita kristian boleh memakai tudung walaupun dia bukan islam..bagaimana pula dengan wanita islam sendiri?adakah pemakaian tudung dijadikan fesyen,"style" atau sebagai ikutan sahaja..adakah mereka mengikut suruhan agama?kadang-kadang pulak tu ade yang bermusim..sekejap pakai sekejap tidak..hurmm..lagi entah apa-apa!pakai tudung sebab "balak" suruh!lagilah "poyo"..