Wednesday, October 28, 2009

dasar terbaru automotif

Syarikat asing akan diberi lesen pengeluaran untuk memegang ekuiti 100 peratus dalam syarikat yang mengeluarkan kenderaan mewah dengan kapasiti enjin lebih 1,800 cc dan berharga lebih RM150,000 manakala sistem Permit Kelulusan (AP) akan dihapuskan pada 2015 di bawah kajian semula Dasar Automotif Negara (NAP) yang diumumkan hari ini.

Kajian semula yang diumumkan oleh Menteri perdagangan Antarabangsa dan
Industri Datuk Mustapa Mohamed itu menyatakan duti import kesemua kereta unit siap dipasang sepenuhnya (CBU) dan kereta terurai untuk dipasang (CKD) akan diteruskan.

Insentif dan pengecualian akan ditingkatkan untuk membangunkan alat ganti
automotif tempatan supaya tiada lagi alat ganti yang diimport di dalam tempoh 18 bulan akan datang, satu langkah yang akan menghapuskan alat ganti yang diimport dan yang digunakan.

Kenderaan yang berusia 15 tahun dan ke atas pula perlu menjalani ujian
mandatori bagi memastikan ia boleh digunakan di atas jalan raya tetapi peruntukan akan disediakan bagi kereta "vintage", katanya kepada pemberita bagi mengumumkan kajian semula NAP itu.

Katanya kajian semula itu dilakukan selepas melakukan perbincangan yang rapi dengan peserta industri, yang termasuk pengeluar, pembuat alat ganti, pertubuhan bukan kerajaan serta persatuan kereta. Bernama

sumber:metro online..

komen aku : ape punya "turr" la kerajaan nih?mane slogan "rakyat diutamakan nih"?pi mai pimai tang tu jugak..rakyat yg ssh...aduhh...lps ni xdela kedai2 potong kt malaysia nih...bungkus!terpksa cr mkn lain lah...bukak bisnes lain..ntahla..xde mood aku nk komen..mmg menyusahkan org jer KERAjaan nih..

Monday, October 26, 2009

ulasan bajet oleh ketua pembangkang

ini adalah ulasan penuh ketua pembangkang dalam bajet 2010 yg diumumkan oleh najib mongolia..

1.hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah yang diperkenalkan semula, jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai.
komen aku:sape yg untung?rakyat atau kerajaan?

2.secara kasarnya rakyat menikmati peruntukan kebajikan dalam bentuk pengecualian dan pelepasan cukai hanya dalam lingkungan RM500 juta.
komen aku:pi mai pi mai tang tu gak..

3.kerajaan mengenakan bayaran RM50 untuk kad kredit utama dan RM25 untuk kad tambahan. Dianggarkan kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih daripada RM400 juta
komen aku:wah...masyukkk...moral cerita,jn pakai kad kredit..huhu..

4."Ini tidak termasuk lagi cukai keuntungan hartanah sebanyak 5 peratus yang diperkenalkan semula. Hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah ini jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai.
komen aku:ya..sudah tentulah perancangan teliti akan dibuat..

5."Dalam laporan kewangan PETRONAS syarikat-syarikat konsesi IPP menikmati subsidi gas sebanyak RM20 bilion pada tahun 2008 dan bertambah kepada RM22 bilion tahun
2009.Bayangkan jika subsidi ini diagihkan kepada rakyat. Setiap rakyat Malaysia akan mendapat lebih kurang RM815 seorang.
komen aku:ya..syarikat kroni diutamakan..

6.hutang Negara meningkat 18.3% daripada RM306.4 billion pada tahun 2008 kepada RM362.5 billion tahun 2009. Sejak 2006 hutang Negara meningkat 49.7% daripada RM242.2 billion. Dalam masa yang sama peratusan hutang Negara dengan KDNK meningkat 41.5% pada tahun 2008 kepada 52.4% tahun 2009.
komen aku:rasuah dah byk sangat..dlm bahasa mudahnyer "corruption"..

7.erajaan memberi keutamaaan yang berlebihan kepada pembangunan infrastruktur awam (public hardware infrastructure) dan mengabaikan keperluan infrastruktur social dan teknikal.
Kerajaan tidak upaya melonjak ekonomi ke tahap yang boleh menggandakan penjanaan pendapatan - iaitu ekonomi tambah nilai kerana terlalu bergantung kepada komoditi, petroleum, pembuatan dan perkilangan
komen aku:pembangunan sana sini..rakyat pon ade yg xde rumah selesa lagi..

8.Kerajaan hilang daya kreatif dan inovatif untuk menambah pendapatan Negara kerana terlalu bergantung kepada pendapatan industri petroleum.
komen aku:dahla minyak negara berkualiti..dok pergi jual kt luar negara..keutungan kat mereka jugak..huh!

9.Bagi tahun 2008; kerajaan memperuntukkan RM177 billion yang mana RM74 billion (42%) disumbang oleh PETRONAS.
komen aku:mane pergi duitnyer?

10.Dianggarkan hanya 2 juta dari 11 juta tenaga kerja di negara ini membayar cukai. Dari jumlah tersebut, dianggarkan hanya 10,000 pembayar cukai adalah pembayar cukai kadar tertinggi (highest tax rate payer); menggambarkan hanya 10,000 orang di Malaysia mendapat pendapatan lebih dari RM250,000 setahun. Ini melambangkan kegagalan BN melonjakkan ekonomi ke tahap lebih tinggi, sehingga tenaga kerja kita masih berkisar kepada kerja-kerja yang tidak mendapat pulangan tinggi - secara langsung menjejaskan pendapatan negara.
komen aku:biaselah..menjaga kepentingan suku sakat jer..

11.Menurut laporan "World Competitiveness Report 2009/2010" yang dikeluarkan oleh "The World Economic Forum (WEF)" Malaysia jatuh dari tangga 21 kepada 24 kerana kelemahan dalam kerangka peraturan baik perundangan maupun pentadbiran yang jatuh dari tangga 17 kepada 43 dalam masa 2 tahun.
komen aku:yes..correct..correct..correct..

12.Negara hanya mencatat kemasukan pelaburan langsung asing sebanyak USD7.3 billion tahun tahun 2008 berbanding dengan Indonesia USD 7.92 billion dan Vietnam USD 8.05 billion, Thailand USD 9.83 billion, Singapura USD22.8 billion. Tahun ini Negara hanya mencatat USD1 billion sahaja kemasukan FDI.
komen aku:mcm mane nak diatasi nih...aku lps ni nak keje..jgn menganggur sudah..

13.kelajuan internet:Negara-negara yang di kenal pasti sudah bersedia untuk masa depan termasuk Korea, Jepun, Sweden, Lithuania, Bulgaria, Latvia, Belanda, Denmark dan Romania dengan kelajuan melebihi 11.25 Mbps dan "upload" 1 Mbps.
komen aku:ya..internet kt negara kite mmg lembap..

14.Indeks Pembangunan Insan (Human Development Index) yang dikeluarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan Malaysia jatuh dari kedudukan 63 kepada 66. Ini menunjukkan Negara-negara lain telah lebih kehadapan dalam pembangunan insane. Gini Coeffient juga menunjukkan Malaysia merupakan Negara yang paling tinggi jurang diantara yang kaya dan miskin di rantau ini. Perlu diberi perhatian bahawa kadar celik huruf dewasa di Malaysia ialah 91.2%, Indonesia 92% serta Georgia ialah 100%!
komen aku:di mana "modal insan" yg disembgkan tuh?

Tidak ada satu pun universiti dalam negara menduduki tangga 100 malah 200 universiti terbaik dunia sedangkan sudah banyak universiti-universiti di Asia terutama dari Hongkong, China , Jepun, Singapura, Korea, Taiwan dan malah Thailand berjaya menduduki dalam kumpulan university terbaik dunia. Peningkatan kualiti pendidikan mereka jauh lebih maju dan kehadapan berbanding dengan system pendidikan kita.
komen aku:Universiti kite hanya jadi pak angguk..yes Boss!


15.Negara juga sedang mengalami pengaliran keluar pakar-pakar atau "brain drain" kerana mereka yang pintar dan berbakat tidak lagi melihat Negara sebagai tempat berpeluang untuk maju dalam ekonomi Negara dan ini digalakkan oleh ibubapa dan rakan-rakan dalam mengejar cita-cita dan kekayaan. Kita kehilangan mereka yang berbakat sekiranya daya kreatif dan kemahiran teknikal tidak diperguna dan diperlukan dalam ekonomi sekarang. Tidak ada motivasi untuk mereka merekacipta barangan dan perkhidmatan baru sekiranya Negara sendiri tidak ada kelebihan teknologi untuk digunakan dalam menggarap daya kreatif mereka. Mereka akan pergi ke destinasi lain yang lebih mencabar.
komen aku:ini memg fakta!sbb tu kerajaan menawarkan pelbagai insentif untuk menarik kembali mereka ini..abih kt cni xbole buat duit..diorg larilah..

adakah bajet ini betul2 untuk kebajikan rakyat?mamat ni bukan nak komen kosong bai..dia dah jadi menteri kewangan selama 8 tahun..so die tau lah per yg dibuat olej kerajaan..tapi ade yg terlalu bijak dlm kerajaan tu sbb tu die ditendang keluar..xtau urus ekonomi katenye..alah..apa nama..apa nama?org tua tuh..alah..

Sunday, October 18, 2009

dunia betul2 nk kiamat nih...

KUALA LUMPUR: Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu.

Jika diambil kira statistik rumah perlindungan lain di seluruh negara, kes yang tidak dilaporkan dan kejadian buang bayi yang berlaku hampir setiap hari, angka sebenar remaja hamil luar nikah pasti meningkat berlipat kali ganda.

Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, berkata sejak beliau membuka rumah perlindungan itu 21 tahun lalu yang secara khusus menguruskan kebajikan wanita hamil luar nikah, secara purata 191 bayi tak sah taraf dilahirkan di Kewaja setiap tahun atau 16 bayi sebulan.

“Lebih membimbangkan, ketika jumlah kes yang saya kendalikan meningkat, usia wanita hamil luar nikah itu makin menurun kerana ada yang baru berusia 15 tahun,” katanya.

Bagi Yang Dipertua Baitul Fiqh, Juhaidi Yean Abdullah, secara purata pihaknya menguruskan lapan hingga 10 wanita hamil luar nikah setiap bulan dan sepanjang lima tahun kewujudannya rumah perlindungan itu menguruskan 220 kes wanita hamil luar nikah.

Yang dikesalkan, ketika kami beri bantuan kepada wanita hamil luar nikah dengan matlamat utama bagi mengelak mereka menggugurkan kandungan atau membuang bayi, ada yang cuba ambil kesempatan.

“Ini terbukti apabila seorang wanita berulang kali datang kepada kami apabila hamil luar nikah enam kali. Dia akhirnya kami serahkan kepada pusat pemulihan akhlak untuk tindakan lanjut. Ia kes kronik, tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa jika empunya diri tidak mahu mengubah sikap,” katanya.

Juhaidi berkata, bukan mudah menjaga sekumpulan hamil luar nikah dalam satu masa tetapi pihaknya sanggup memikul tanggungjawab itu demi kepentingan anak yang bakal lahir.

Menurutnya, antara bantuan Baitul Fiqh kepada wanita hamil luar nikah ialah mengurus proses kelahiran di hospital dan pendaftaran kelahiran bayi.

“Kami turut membantu mencari ibu bapa angkat untuk bayi itu dengan prosedur ketat. Setiap permohonan disaring dengan mengambil kira latar belakang, pendapatan dan pengetahuan agama,” katanya.

Sementara itu, Yahya menekankan kerjasama seluruh anggota masyarakat bermula daripada pemimpin, guru, agensi penguat kuasa dan ibu bapa untuk menghentikan percambahan anak luar nikah di kalangan masyarakat negara ini.

“Trend wanita lahir anak luar nikah kini sangat membimbangkan kerana ia dianggap perkara biasa dan bukan lagi hal besar. Bayangkan, hampir setiap hari secara purata saya terima dua panggilan telefon berkaitan masalah hamil luar nikah.

“Sampai satu tahap Kewaja terpaksa tolak permintaan mereka untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan kerana kami tidak lagi mampu. Namun mereka tetap mendesak dan ada yang merayu,” katanya.

Ditanya punca meningkatnya kes kehamilan luar nikah, Yahya, 45, merumuskan masalah keluarga menjadi penyebab utama.

“Ibu, ayah, adik beradik dan keluarga hidup dalam penuh kejahilan. Penghayatan agama entah ke mana dan ada ibu bapa menyalahkan anak kerana ‘tidak pandai jaga’ yang bermaksud boleh melakukan hubungan terlarang tetapi jangan sampai mengandung.

“Kesudahannya, walaupun bertaubat dan menyesal, suasana kehidupan seperti itu menyebabkan mereka kembali terjebak. Apa pun, kes berulang seperti ini tidak banyak, ” katanya.

Beliau mencadangkan satu peraturan yang membuatkan sesiapa saja takut untuk terbabit dengan seks bebas sehingga mengandung anak luar nikah diwujudkan.

“Sebagai contoh, mana-mana pasangan yang dikesan melakukan hubungan seks selain suami isteri, tidak kira sama ada yang beragama Islam atau dengan pasangan berbeza agama, mereka perlu dihukum.

“Operasi seperti mencegah lumba haram atau dadah juga perlu diselitkan dengan siasatan sama ada yang terbabit dengan gejala negatif itu melakukan seks bebas. Tangkap dan hukum mereka, baru timbul perasaan takut,” katanya yang kini menguruskan 61 wanita hamil luar nikah di pusat perlindungan kelolaannya.

sumber:metro online

ape nak jadi dunia nih?betul2 nak kiamat nih.."main" pandai..bile buncit campak sane sini..bagusss!tak der kepale hotak ker?

Friday, October 16, 2009

akibat terlalu byk tgk citer hantu

gambar ni aku temui di salah sebuah blog yang mempamerkan isi kandungan sebuah cerita mengenai hantu..cuba korang bace ceritanyer..aku pon gelak membacanye..ni lah kesan drpd pengaruh tv..yela..org kite ni kan suke tgk bnde2 mcm nih..dunia dah maju pon masih lg ade cite2 cmni..mcm mane pemikiran org kite nak maju..aku pon tgk gak..tp xlah layan sgt..gitu2 jer..
klu siaran tv sekarg baik tv1,2,3,4 astro ntah per lg yang seangkatan dgnnyer mmglah byk menyiarkan rancanagn seperti ini...smpai buat karangan pon dah citer hantu.."confirm" budk ni suke tgk citer hantu..sbb tu lah modal idea nyer kt situ jer..hahaha..

Wednesday, October 14, 2009

boikot barangan LEGO?


Sesuatu perkara yang mungkin kita pernah dengar, nampak, baca atau miliki. Namun dimana silapnya sehingga ke hari ini belum ada pihak tertentu mahupun parti politik yang berjuang berlandaskan ISLAM bangkit menentang kebiadaban SYARIKAT LEGO ini. Berbekalkan kebiadaban ini, maka pusat permainan dan taman tema LEGO akan dibina di kawasan Iskandar Malaysia sedikit masa lagi... apa sudah jadi????

Ni antara email yang pernah di Forwardkan oleh rakan-rakan yahoo suatu ketika dahulu... baca la yer



Boikot, jangan tak boi kot demi ke sucian Agama Islam dan Nabi kita Muhamad S.A.W. Barang sesiapa yang ada connection dengan Kementerian Perdangangan, minta usakan untuk menyekat Barangan Lego diimport dan dijual di negara kita Malaysia . Kalau boleh sebarkan ke negara islam selurih dunia untuk menyekat sikap biadab ini.
Kawan-kawan sekelian,

ni lah satu-satu contoh msg yang seharusnya kita ' on the spot 'forward kat kat saudara-saudara se muslim kita. Ia nya tidak mengandungi unsur-unsur fitnah untuk menjatuhkan sebarang individu atau sesuatu organasasi.


Kita semuanya sudah maklum betapa kerasnya permusuhan kerajaan Denmark terhadap Islam. Khasnya dalam kontek memperlekehkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seorang manusia yang termulia, diberi kitab termulia, dalam bahasa termulia, di tanah termulia di muka bumi.


Benarlah Kalamullah ' wa lan tar dha ankal yahudu wa laan nasaara hatta attabia millahum '


!!!STOP BUYING LEGO PRODUCT!!!

Takbir! Takbir! Takbir!!!!!


refer to the latest lego collection recently launched in denmark , i wish we could start thinking about that. Please inform our malaysian muslim to top buying and boycott all lego products. Ya Allah ! Selamatkanlah Umat Islam di seluruh dunia ini.-suaraselatanonline


Betulkan niat dalam melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T



sumber:http://gigitankerengga.blogspot.com

Tuesday, October 6, 2009

comelnyer budak kecik nih...

tembam pipinyer
cutenyer
posing dah macam model..hehe
geram tgk budak kecik nih
cantik gaunnyer
mate biru tuh
.........
..........

Monday, October 5, 2009

Ganyang malaysia


Diberitakan bahawa satu kumpulan yg menggelarkan diri mereka sebagai "bendera" akan melakukan tindakan yg disebut "ganyang"..ape itu Ganyang?maksudnyer lebih kurang nk menyerang la kot..perkara ni memang sudah berlaku dahulu sekitar tahun 50an tak silap akula..apabila presiden mase tuh..ape yer namenyer..aku pon xingatla..die tidak bersetuju tentang pembentukan malaysia kerana die ingin mewujudkan negara yang disebut sebagai "melayu raya"..kalu digabungkan kedua2 jumlah penduduk negara ini memanglah sangat besar jumlahnye memandangkan indonesia adalah penduduk islam yang terbesar didunia...perkara ni timbul akibat daripada beberapa isu yg berbangkit seperti isu manohara,isu tarian,makanan dan banyak lagi...isu manohara menjadi senyap apabila terbukti pihak mereka yang melakukan kesalahan sehingga peguam yang mewakili mereka pun tarik diri...dah tentulah peguam tu tak nak ambil risiko..dan astu lagi isu "pulau Ambalat"..yang tu pun mereka cukup marah dengan kite..aku difahamkan bahawa rakyat indonesia kebanyakkannya tidak menagambil "port" sangat pasal isu nih...tapi dah disebabkan pihak media di sane yang terlampau lebih membuat liputan tentang malaysia..lepas tu siap memburukkan name negara kite lagi tuh..sebab tu rakyat disane menjadi marah dengan kite..aku rase bukan semua la rakyat indonesia yang berfikiran macam tuh...kalau ade yang berfikiran rasional die tak kan ikut emosi..pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai bendera ini akan membuat tindakan yang bersifat agak ganas..mereka telah melatih diri mereka denagn ilmu kebal dan di isi denagn ilmu kebatinan.."power" tuh!bulan lepas mmereka telah mengadakan sekatan di sekitar jakarta untuk mencari rakyat malaysia,nak dibuat ape ntah!nasib baik tak der rakyat malaysia yang lalu kat jalan tuh..kalau tak..nath ape la jadinyer..dalam perkara ni..sepatutnyer mereka tidak boleh bertindak mengikut emosi dan oersaan semate-mate..kene bertindak ikut akal fikiran..yang jenis nih mungkin taksub sangat..Woi indon!tak tahu nak bersyukur ke?kan da mule nak marah ni!heheheh...tak der2..gurau2 jer..mereka ni patut bersyukur sebab kite da banyak membantu negara diorang..dah la yang datang cari makan kat sini sikit punyer ramai..dah mencecah sejuat lebih tu!belum pergi tengok kat sabah lagi..dah macam duduk kat indon..tempat aku pon macam tuh..bile pergi klang penuh dengan mahluk ni saje..sampai aku pon tersedar..aku ni kat indon ker?jakarta kot..sampai satu tahap pegi satu tempat tu penuh dengan mahluk ni saje..huh!rimasnyer aku!sepatutnye mereka ni berterima kasih kepada kite kerana memberi peluang kepada mereka untuk mencari rezeki kat sini..kadang2 tu diorang boleh membina runah banglo disane hasil rezeki yang mereka dapat di sini..yang tu pon xtau nk bersyukur jugak..kite pon belum tentu lagi nak memiliki rumah banglo macam diorang..aku harap bende ni boeh diselesaikan dengan baik tanpa ade rase curiga antara dua pihak..kedua-dua pemimpin bole menyelesaikan sebarang isu yang berbangkit tanpa pertumpahan darah..tak kan lah nak berperang pulak!ntahlar..tak kan habis isu0isu nih...malas aku nak tulis lagi..sampai besok pon belum tentu habis aku bercerita..

Saturday, October 3, 2009

Persembahan udara di TUDM

pada pagi tadi kau berkesempatan untuk melihat persembahan udara dari negara amerika syrikat..persembahan amat menarik..siap denagn akrobatik lg..kluar asap lagi tuh..cume warne putih jela..ni beberape gmbar menarik untuk santapan anda..sorila,gmbar pon kecik..maklumlah kamera murah jer..ade video ckit jugak nih..persembahan ini adalah sebagai pemanas badan untuk pelancaran pameran "Lima" di langkawi..agaknyerla kot..aku pon xtau..kawan aku yang cakap..agak2nyer bape juta la kerajaan kite bayar untuk persembahan ini yer?berjuta-juta jugak kan...

para juruterbang yg akan menerbangkan pesawat mereka

sedang bersiap sedia untuk melakukan penerbangan

antara aksi yg dilakukan,malangnyer aku pki kemera murah jer..jd xbole nk zoom dekat..huh!

mendarat selepas melakukan persembahan



antara aksi yg dilakukan


inilah pesawat SUKHOI yg negara kite beli tuh,tu pon bayar dengan minyak..bukan pki duit..jumlah pesawatnyer xsilap aku 16 buah dan dianggarkan bernilai bilion ringgit,sbb tu kite bagi minyak sebagai medium pembayaran...tapi warna nyer macam da buruk plak..tak di cat ke ape..ntahla..

Ah!sempat pulak mamat ni bertepek kt depan pesawat Sukhoi nih..eh..sape yer mamat macho ni?macam kenal jer..sape ek?