Syarikat asing akan diberi lesen pengeluaran untuk memegang ekuiti 100 peratus dalam syarikat yang mengeluarkan kenderaan mewah dengan kapasiti enjin lebih 1,800 cc dan berharga lebih RM150,000 manakala sistem Permit Kelulusan (AP) akan dihapuskan pada 2015 di bawah kajian semula Dasar Automotif Negara (NAP) yang diumumkan hari ini.
Kajian semula yang diumumkan oleh Menteri perdagangan Antarabangsa dan
Industri Datuk Mustapa Mohamed itu menyatakan duti import kesemua kereta unit siap dipasang sepenuhnya (CBU) dan kereta terurai untuk dipasang (CKD) akan diteruskan.
Insentif dan pengecualian akan ditingkatkan untuk membangunkan alat ganti
automotif tempatan supaya tiada lagi alat ganti yang diimport di dalam tempoh 18 bulan akan datang, satu langkah yang akan menghapuskan alat ganti yang diimport dan yang digunakan.
Kenderaan yang berusia 15 tahun dan ke atas pula perlu menjalani ujian
mandatori bagi memastikan ia boleh digunakan di atas jalan raya tetapi peruntukan akan disediakan bagi kereta "vintage", katanya kepada pemberita bagi mengumumkan kajian semula NAP itu.
Katanya kajian semula itu dilakukan selepas melakukan perbincangan yang rapi dengan peserta industri, yang termasuk pengeluar, pembuat alat ganti, pertubuhan bukan kerajaan serta persatuan kereta. Bernama
sumber:metro online..
komen aku : ape punya "turr" la kerajaan nih?mane slogan "rakyat diutamakan nih"?pi mai pimai tang tu jugak..rakyat yg ssh...aduhh...lps ni xdela kedai2 potong kt malaysia nih...bungkus!terpksa cr mkn lain lah...bukak bisnes lain..ntahla..xde mood aku nk komen..mmg menyusahkan org jer KERAjaan nih..

No comments:
Post a Comment