Merdeka..merdeka..merdeka..itulah ucapan yang dilaungkan oleh semua lapisan masyarakat malaysia tidak kira apa bangsa sekalipun,pelbagai peringkat umur,lelaki dan perempuan..pihak kerajaan sibuk berkempen untuk kemerdekaan..pelbagai akitviti dilakukan seperti mengibarkan bendera,pesta di sana sini..
tapi aku melihat sambutan kali ini tidak semeriah seperti yang dilakukan pada tahun-tahun lepas..sebab apa?mungkin kerana menghormati bulan ramadan yang mulia ini kot..mungkin..
kibaran bendera juga amat kurang..di bangunan terytamanya..adakah semangat rakyat malaysia sudah pudar?semalam semasa ku pergi ke bazar ramadan,ku melihat gelagat seorang pemuda india menaiki motodikal honda nya dan di belakang motornya die meletakkan jalur gemilang..sungguh bersemangat pemuda itu..mungkin die sangat berbangga menjadi rakyat malaysia yang tercinta ini..
berbalik kepada topik yang ku bincangkan di sini..apakah kita sebenarnya memahami erti sebuah kemerdekaan..kebanyakan kita hanya menyambutnya tanpa apa-apa makna makna..bile tiba malam merdeka berpusu-pusu kita pergi ke tempat-tempat yang biasanya diadakan sambutan kemerdekaan..menunggu detik jam 12 malam..lepas itu menyanyikan lagu kebangsaan,,dan bungan api mula terbang ke udara seterusnya meletup..kita akan bersorak gembira..itu sahaja..apa maknanya semua ini..MERDEKA?apa maksudnya?mengikut pandangan aku..merdeka maksudnya kite bebas dari penjajahan asing..agaknya kot..hurmm..bebas dari penjajahan?betul ke?adakah kita betul-betul merdeka?apa yang ku lihat hanya secara fizikal sahaja kita merdeka..tetapi bagaimana dengan minda kita?sikap kita?undang-undang kita?aku rasa ada mungkin sesetengah rakyat malaysia masih terjajah mindanya..mengamalkan cara hidup penjajah?memanga banyak kita jumpa..undang-undang penjajah?masih diamalkan...katanya negara kita negara islam..tapi masih mengekalkan undang-undang penjajah..di mana silap kita?
Penguasaan wanita tidak membimbangkan: Nik Aziz
16 years ago

No comments:
Post a Comment